Nik Abdul Aziz : Pertanian 1 Ibadah
Najib : 1 Malaysia
Joyah : Cerita Artis 1 perniagaan
Cerita artis 1 perniagaan...........setuju?
setuju atau tidak setuju adalah pendapat anda sekalian. Namun hakikatnya begitulah yang terjadi terhadap seni hiburan negara kita pada masa kini. Cerita artis samada baik atau buruk menjadi taruhan pelbagai pihak terutamanya pihak media. Namun, cerita yang baik amat jarang sekali menjadi sensasi mahupun disenssasikan. Kebanyakan cerita yang 'Top' yang terpapr di dada2 akhbar, tersiar di televisyen2, terkeluar di corong2 radio kebanyakan merupakan cerita2 yang menyelak kain artis. Bukanlah niat ini untuk membela nsib artis2 Malaysia yang sedia terbela, tetapi ini lah fenomena yang terjadi yang sepatutunya disedari oleh semua pihak.
Aktiviti Menyelak Kain
Haha..ini lah yang dikatakna sebagai aktiviti menyelak kain. para wartawan hiburan ibarat bermain sukaneka. masing2 berlumba lumba untuk menyelak kain para artis. siapa yang dapat menyelak kain paling banyak/paling sensasi, maka dialah paling hebat. malah ia juga dijadikan sebagai pekerjaan harian malah pekerjaan tetap mereka.
![]() |
Pancaindera . Ahad 21 0gos 2011 |
Inilah antara pekerjaan mereka. menyelak kain orang lain. apakah status sumber rezeki seperti ini? bila ditanya tentang pekejaan mereka, senang saja dijawab..'Nak wat camne, ni pekerjaan kami..nak cari rezeki'.. Apakah mencari rezeki dengan membuka aib orang lain di khalayak ramai merupakan satu rezeki HALAL? Apakah mencari rezeki dengan menyelak kain orang lain dihadapan orng lain merupakan rezeki HALAL? Apakah mencari rezeki dengan menjatuhkan maruah orang lain merupakan rezeki HALAL?
memanglah tidak semua cerita yang dikeluarkan adalh cerita aib, banyak juga terdapat kisah2 yg menjadi pedoman kita semua..namun jika ia bercampur antara HALAL dan HARAM, bolehkah ia dikatakan sebagai HALAL?
'Wahai orang yang beriman! jauhilah darpada kebanyakan sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari cari kesalahan orang; dan janganlah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhillah larangan2 yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Hujaraat 49:12)
Seni Buruk
Mengapa BARAT? mengapa harus ditiru BARAT? mengapa harus ditiru sikap paparazzi mereka yang siang malam mengejar artis untuk mendapatkan berita sensasi. kalau boleh, artis 'sembelit' pun ingin disensasikan. Aduhai malangnya nasib artis di BARAT. apakah nasib artis2 di Malaysia turut menjadi 'Nightmare' dengan tersebarnya budaya2 seperti ini. biarlah mereka nak buat apa pun. pekerjaan mereka hanya sebagai penghibur.
**********************
Begitu juga dengan artis2 kita. kenapa harus ditiru kebanyakan aspek hiburan dari BARAT. tahukah mereka bahawa BARAT sedang mengalami keruntuhan moral yang teruk disebabkan oleh artis2 mereka? nilai2 yang buruk lagi hodoh menjadi normal dalam kehidupan mereka sehingga meruntuhkan institusi keluarga, budaya asal mereka bahkan agama mereka sendiri. Para artis merupakan lambang dan penyumbang kepada keruntuhan tersebut. namun barat mempunyai banyak kelebihan dari segi kemajuan kebendaan, ekonomi. keburukan mereka berjaya ditutup melalui kemajuan ini. sehinggakan mereka menjadi ikon dan ikutan kepada negara2 lain untuk memajukan negara masing2. malahan, dunia hiburan mereka berjaya memberikan pulangan yg besar kepada ekonomi mereka kerana seluruh dunia menyaksikan mereka. andai kata terdapat hidupan di planet2 lain, mungkin planet2 tersebut pun turut menyaksikan seni hiburan mereka..haha.. lain pula jadinya dengan dunia hiburan kita. lebih malang lagi, ia banyak menghabiskan wang bangsa sendiri malah gagal memberikan pulangan yg besar kepada ekonomi kita.
Ilmu yang tidak bercahaya
Ilmu itu ada di dalam diri, tetapi tiada di hati......nak kata tidak tahu, dia tahu.......
di akhir katanya(dalam bulatan merah).."........................gambar di kad kahwin pula mengalahkan orang yang dah 10 tahun kahwin, melekat lekat, bertempek tempek. Ops, kurang pahala puasa Joyah hari ni"
Haha..lawak sungguh. maknanya dia tahu lah yang bercakap cakap tentang orang lain ni adalah satu dosa. baguslah sebab dia tahu..yag lawaknya die buat juga. JOYAH membodohkan dirinya dihadapan pembaca 1Malaysia.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment